CHIANG MAI terletak di utara Thailand. Dari KLIA2 mengambil masa 2 jam dengan penerbangan Air Asia ke Ciang Mai Airport. Cuaca di sana ketika ini adalah panas seperti Malaysia.
Di Chiang Mai kami menginap di hotel Night Bazaar Place....sesuai dengan namanya kerana setiap malam ada 'night bazaar' sepanjang jalan di depan hotel ini.
Pada hari pertama, kami ahli rombongan seramai 14 orang dibawa melawat industri sutera dan perak. Di sini saya terpaksa menggunakan kad kredit untuk membeli seutas rantai perak yang labuh walaupun pada mulanya saya tidak berniat untuk membeli-belah. Sebagai ole-ole untuk anak-anak dan menantu, saya belikan produk sutera seperti purse dan key-chain.
CHIANG RAI terletak kira-kira 3 jam perjalanan ke utara Chiang Mai. Chiang Rai bermaksud City of the Meng Rai Maharat (nama raja).
Di Chiang Rai kami melawat Hot Spring, White Temple, perkampungan Long Neck Karen dan Golden Triangle.
Hari ke 2 - ELEPHANT CAMP (Satu jam perjalanan dari bandar Chiang Mai) |
ELEPHANT RIDE Suatu pengalaman yang mencabar. Semua orang patut mencuba aktiviti ini. |
BAMBOO RAFT RIDE Tiada apa menarik sangat kecuali ingin merasa berakit. Saya tidak teruja sangat dengan aktiviti ini kerana telah biasa berakit ketika zaman kanak-kanak dahulu sekitar awal tahun 60an |
Sebahagian daripada ahli rombongan bergambar kenangan di taman orkid. |
Wajah-wajah ceria sebelum berangkat ke Elephant Camp. |
Lobi hotel |
ANUSARN MARKET Terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari hotel. Setiap malam kami makan di sini.... nasi goreng udang menjadi kegemaran saya |
'Tuk tuk' atau 'Motosai' |
HOT SPRING |
'Hot Spring' Deretan kedai menjual pakaian dan cenderahati.... kebanyakannya produk negara China |
WHITE TEMPLE Masih belum siap sepenuhnya Kos pembinaannya disumbang oleh seorang pelukis ternama dan kaya-raya |
PERKAMPUNGAN LONG NECK KAREN Terdapat gerai-gerai yang menjual hasil kraftangan mereka. |
Hasil Tenunan Seharusnya kita membeli serba sedikit produk mereka sebagai tanda sokongan. Saya tidak membeli kerana duit tinggal untuk makan sahaja.......rasa bersalah |
GOLDEN TRIANGLE Dari jeti Chiang Rai .... patung Budha adalah bumi Thailand Bangunan berbumbung merah adalah Myanmar (Burma) Golden Dome di seberang Sungai Mekong adalah kepunyaan Laos |
Peta menunjukkan sempadan 3 negara. |
LAOS Salah sebuah kedai di tepi Sungai Mekong di negara Laos |
Bergambar dengan latarbelakang bangunan imigresen Thailand ke Myanmar |
No comments:
Post a Comment