Pages

Tuesday 1 December 2015

Video Melancong


 

"CHIANG MAI TOP 5" 

Most Beautiful Tourist Attractions in Thailand

 
 

Sunday 1 November 2015

CHIANG MAI, THAILAND (18 - 21 OKT 2015)


CHIANG MAI terletak di utara Thailand.  Dari KLIA2 mengambil masa 2 jam dengan penerbangan Air Asia ke Ciang Mai Airport.  Cuaca di sana ketika ini adalah panas seperti Malaysia.  

Di Chiang Mai kami menginap di  hotel Night Bazaar Place....sesuai dengan namanya kerana setiap malam ada 'night bazaar' sepanjang jalan di depan hotel ini.

Pada hari pertama, kami ahli rombongan seramai 14 orang dibawa melawat industri sutera dan perak. Di sini saya terpaksa menggunakan kad kredit untuk membeli seutas rantai perak yang labuh walaupun pada mulanya saya tidak berniat untuk membeli-belah. Sebagai ole-ole untuk anak-anak dan menantu, saya belikan produk sutera seperti purse dan key-chain.

CHIANG RAI terletak kira-kira 3 jam perjalanan ke utara Chiang Mai.     Chiang Rai bermaksud City of the Meng Rai Maharat (nama raja).

Di Chiang Rai kami melawat  Hot Spring, White Temple, perkampungan Long Neck Karen dan Golden Triangle. 

Hari ke 2 - ELEPHANT CAMP (Satu jam perjalanan dari bandar Chiang Mai)
ELEPHANT RIDE
Suatu pengalaman yang mencabar.
Semua orang patut mencuba aktiviti ini.
BAMBOO RAFT RIDE
Tiada apa menarik sangat kecuali ingin merasa berakit.
Saya tidak teruja sangat dengan aktiviti ini kerana telah biasa berakit
 ketika zaman kanak-kanak dahulu sekitar awal tahun 60an
ORCHID GARDEN
Taman orkid bukan semata-mata mempamerkan bunga orkid
tetapi di situ terdapat jualan hasil bunga orkid yang telah diproses
menjadi barang-barang perhiasan seperti pendant, brooch, ear-ring dan lain-lain.
Sebahagian daripada ahli rombongan bergambar kenangan di taman orkid.

Wajah-wajah ceria sebelum berangkat ke Elephant Camp.
Lobi hotel
ANUSARN MARKET
Terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari hotel.
Setiap malam kami makan di sini....
 nasi goreng udang menjadi kegemaran saya  
'Tuk tuk' atau 'Motosai'
HOT SPRING
'Hot Spring'
Deretan kedai menjual pakaian dan cenderahati....
kebanyakannya produk negara China 
WHITE TEMPLE
Masih belum siap sepenuhnya
Kos pembinaannya disumbang oleh seorang pelukis ternama dan kaya-raya
PERKAMPUNGAN LONG NECK KAREN
Terdapat gerai-gerai yang menjual hasil kraftangan mereka.
Antara leher terpanjang.
Dahulu orang mengatakan kaum ini berbau busuk dan mesti segera beredar.
Tetapi apa yang saya dapati, mereka berbau wangi malah berdandan cantik.
Mungkin mereka telah mempunyai kesedaran untuk menjaga
kebersihan dan penampilan.
Hasil Tenunan
Seharusnya kita membeli serba sedikit produk mereka sebagai tanda sokongan.
Saya  tidak membeli kerana duit tinggal untuk makan sahaja.......rasa bersalah
GOLDEN TRIANGLE
Dari jeti Chiang Rai .... patung Budha adalah bumi Thailand
Bangunan berbumbung merah adalah Myanmar (Burma)
Golden Dome di seberang Sungai Mekong adalah kepunyaan Laos
Peta menunjukkan sempadan 3 negara.
LAOS
Salah sebuah kedai di tepi Sungai Mekong di negara Laos
Bergambar dengan latarbelakang bangunan imigresen
Thailand ke Myanmar







Friday 16 October 2015

PULAU WEH






                                            Pulau Weh adalah sebuah pulau kecil terletak di utara Acheh 
                                         atau dengan kata lain berada paling atas, hujung  Sumatera.


 Untuk sampai ke sana melibatkan
 beberapa jenis pengangkutan:                                                                                                               1.  Penerbangan ke Banda Acheh (1jam)
2.  Menaiki van ke jeti (30 minit)
3.  Belayar dengan feri ke Pulau Weh (1 jam)
4.  Menaiki van ke chalet penginapan (30 minit)






Dalam perjalanan ke TIEN'S PLACE, kami 
singgah di Gunungapi Jaboi.
Di sini kami menyaksikan permukaan bumi 
yang panas dan berasap oleh tindak balas 
sulfur di dalam bumi.

Perjalanan diteruskan di atas jalan raya yangberliku-liku melalui kampung-kampung dan merentasi bukit-bukau.

Terdapat pekan kecil yang terdiri daripada kedai-kedai menjual keperluan penduduk tempatan.



Berhenti minum air kelapa sambil menikmati 
pemandangan yang memukau.


Kediaman yang dikenali sebagai Beach Bungalow

Pemandangan daripada tingkap bilik tidur






Peralatan snorkling disediakan

Thursday 28 May 2015

Damai di Hati Kami

Jom ikut.... jalan-jalan!!!


Selamat datang ke Jalan Jalan Kita
Sertai kami melihat dunia yang indah



Thursday 14 May 2015

KASHMIR / INDIA 2015


DAL LAKE KASHMIR

                                          Anak saya FAUZAN AZIM

             
                                         Kawan  baru... ORANG GERMAN

                                         Puncak pergunungan GULMARG Kashmir

                                         Salji sangat tebal ketika ini