Keindahan memberi ketenangan. Keriangan bersama rakan-rakan membawa kegembiraan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Kepelbagaian budaya menimbulkan keinsafan akan kebesaran Tuhan
Tuesday, 1 December 2015
Sunday, 1 November 2015
CHIANG MAI, THAILAND (18 - 21 OKT 2015)
CHIANG MAI terletak di utara Thailand. Dari KLIA2 mengambil masa 2 jam dengan penerbangan Air Asia ke Ciang Mai Airport. Cuaca di sana ketika ini adalah panas seperti Malaysia.
Di Chiang Mai kami menginap di hotel Night Bazaar Place....sesuai dengan namanya kerana setiap malam ada 'night bazaar' sepanjang jalan di depan hotel ini.
Pada hari pertama, kami ahli rombongan seramai 14 orang dibawa melawat industri sutera dan perak. Di sini saya terpaksa menggunakan kad kredit untuk membeli seutas rantai perak yang labuh walaupun pada mulanya saya tidak berniat untuk membeli-belah. Sebagai ole-ole untuk anak-anak dan menantu, saya belikan produk sutera seperti purse dan key-chain.
CHIANG RAI terletak kira-kira 3 jam perjalanan ke utara Chiang Mai. Chiang Rai bermaksud City of the Meng Rai Maharat (nama raja).
Di Chiang Rai kami melawat Hot Spring, White Temple, perkampungan Long Neck Karen dan Golden Triangle.
Hari ke 2 - ELEPHANT CAMP (Satu jam perjalanan dari bandar Chiang Mai) |
ELEPHANT RIDE Suatu pengalaman yang mencabar. Semua orang patut mencuba aktiviti ini. |
BAMBOO RAFT RIDE Tiada apa menarik sangat kecuali ingin merasa berakit. Saya tidak teruja sangat dengan aktiviti ini kerana telah biasa berakit ketika zaman kanak-kanak dahulu sekitar awal tahun 60an |
Sebahagian daripada ahli rombongan bergambar kenangan di taman orkid. |
Wajah-wajah ceria sebelum berangkat ke Elephant Camp. |
Lobi hotel |
ANUSARN MARKET Terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari hotel. Setiap malam kami makan di sini.... nasi goreng udang menjadi kegemaran saya |
'Tuk tuk' atau 'Motosai' |
HOT SPRING |
'Hot Spring' Deretan kedai menjual pakaian dan cenderahati.... kebanyakannya produk negara China |
WHITE TEMPLE Masih belum siap sepenuhnya Kos pembinaannya disumbang oleh seorang pelukis ternama dan kaya-raya |
PERKAMPUNGAN LONG NECK KAREN Terdapat gerai-gerai yang menjual hasil kraftangan mereka. |
Hasil Tenunan Seharusnya kita membeli serba sedikit produk mereka sebagai tanda sokongan. Saya tidak membeli kerana duit tinggal untuk makan sahaja.......rasa bersalah |
GOLDEN TRIANGLE Dari jeti Chiang Rai .... patung Budha adalah bumi Thailand Bangunan berbumbung merah adalah Myanmar (Burma) Golden Dome di seberang Sungai Mekong adalah kepunyaan Laos |
Peta menunjukkan sempadan 3 negara. |
LAOS Salah sebuah kedai di tepi Sungai Mekong di negara Laos |
Bergambar dengan latarbelakang bangunan imigresen Thailand ke Myanmar |
Friday, 16 October 2015
PULAU WEH
Pulau Weh adalah sebuah pulau kecil terletak di utara Acheh
atau dengan kata lain berada paling atas, hujung Sumatera.
Untuk sampai ke sana melibatkan
beberapa jenis pengangkutan: 1. Penerbangan ke Banda Acheh (1jam)
2. Menaiki van ke jeti (30 minit)
3. Belayar dengan feri ke Pulau Weh (1 jam)
4. Menaiki van ke chalet penginapan (30 minit)
singgah di Gunungapi Jaboi.
Di sini kami menyaksikan permukaan bumi
yang panas dan berasap oleh tindak balas
sulfur di dalam bumi.
Perjalanan diteruskan di atas jalan raya yangberliku-liku melalui kampung-kampung dan merentasi bukit-bukau.
Terdapat pekan kecil yang terdiri daripada kedai-kedai menjual keperluan penduduk tempatan.
Perjalanan diteruskan di atas jalan raya yangberliku-liku melalui kampung-kampung dan merentasi bukit-bukau.
Terdapat pekan kecil yang terdiri daripada kedai-kedai menjual keperluan penduduk tempatan.
Kediaman yang dikenali sebagai Beach Bungalow |
Pemandangan daripada tingkap bilik tidur |
Peralatan snorkling disediakan |
Thursday, 4 June 2015
Thursday, 28 May 2015
Thursday, 14 May 2015
KASHMIR / INDIA 2015
DAL LAKE KASHMIR
Kawan baru... ORANG GERMAN
Puncak pergunungan GULMARG Kashmir
Salji sangat tebal ketika ini
Subscribe to:
Posts (Atom)